Tuesday, January 24, 2012

Fasten Your Seat Belt

Assalamualaikum. =)

ini merupakan pesanan khidmat masyarakat. ceh! tak ada maknanya. ini sesuka hati yati sendiri je nak buat pesanan khidmat masyarakat. hee. 


saje letak gambar gedik. actually tangan jadi macam tu sebab nak halang ct dari masuk gambar. haha! but then, oleh kerana tema hari ni pesanan khidmat masyarakat maka anggap je la gambar ni macam yati nak bisik sesuatu. oleh itu, pembuka bicara akan jadi macam ni; anda tahu tak? anda tahu tak? anda tahu tak?

sekarang kalau naik kereta bukan pemandu dan penumpang bahagian hadapan sahaja yang kena pakai seat belt, penumpang belakang pun kena pakai jugak. tahu tak? kalau tak tahu silat berubah and start pakai seat belt sekarang. tapi, bagi orang macam yati yang asal jadi penumpang kereta je akan mabuk serta merta memang menjadi satu masalah. why? bila kita mabuk kita memerlukan ruang pernafasan tanpa sempadan. jadi bila pakai seat belt kan dah menyekat sempadan pernafasan yati. erk? okay, abaikan. tapi yang penting, pakai je la seat belt tu. melainkan duit korang dah banyak and memang target nak jumpa Encik Polis supaya kena saman, silakan. 

lagipun, bila fikir-fikir balik tak selesa sikit pun tak apalah sebab bukannya 24-7 pun kita kena duduk dalam kereta kan? sekejap je. lagipun nyawa kita tak macam video game. nyawa kita ada satu sahaja, maka hargai nyawa anda dan orang yang tersayang. ececeh! =p

erm, nampak sangat entry yang sangat tak bermotif. =.=




p/s : tetiba ada bentuk hati dalam gambar kan? itu ada motif di sebaliknya. T.T

0 comments: