Sunday, January 22, 2012

Elianto

Assalamualaikum. =))



hari tu kan, yati and ct, and along ber'shopping' dekat elianto. seronoook dan sedih sebab duit berlalu pergi lagi. huhu. okay, i know tak payah dibanggakan sangat kan kalau beli barang dekat elianto. uhuu! namun, anda semua harus tahu barang-barang elianto antara barang-barang yang murah tahu tak? serious tak tipu. daripada beli MAC ke Estee Lauder ke, Body Shop ke, mustahil la kan untuk orang yang tak bekerja macam yati ni. melainkan korang anak orang kaya, tak payah berlagak. nanti hujung bulan ikat perut sebab duit habis. walaupun dalam hati tetap pasang niat nak pakai barang macam tu suatu hari nanti. hehe!

but, sebenarnya bukan tujuan untuk riak-riak dalam entry ni. just nak kongsi apa benda yang yati tahu. sharing is caring kan. yati beli, then review lebih kurang at least boleh kongsi dengan korang semua kalau korang tercari-cari nak beli barang make-up mane kan. hehe!

so, antara barang-barang yang berjaya dibeli;




ct beli set brush yang baru yang lagi banyak brush dari set brush yati. sobs! jealous. tapi tak apa yati. yang yati selalu guna pun dua tiga brush je. bahahaha! along pula beli mascara and eye liner sama macam yati. along pon kata mascara ni bagus sebab bila pakai bulu mata panjang tapi tak nampak over sangat. =) then, yati berjaya dapatkan brush baru. hoorey! sebenarnya yati nak cari blend brush untuk blend gabungan colour eye shadow dekat mata. namun, tak ada yang bulat cun! semua leper. oleh itu, yati mengelat sikit. yati beli nose shaper brush. teehee! tapi bagus jugak tahu. memenuhi kehendak yati. bulu pun lembut je. 'tak pedihkan mata' *ala-ala iklan shampoo rambut johnson*



and buat pengetahuan semua, yang gambar sebelah kiri ni barang percuma dari elianto. yeay! free! harga asal dia RM49 kalau tak silap. tapi kiteorang dapat percuma sahaja. untung tak untung? seronok kan? antara kelebihan cream ni dia boleh samaratakan warna kulit bawah mata dengan kulit muka kita, melancarkan peredaran darah, mengurangkan 'laugh lines', and agak baik untuk mata. hehe!



yang di atas ni pulak barang yang yati beli sebelum ni lagi. mascara tu sangat la syok okay. bila sale harga RM22 sahaja. yang yati suka pasal mascara ni dia boleh buat effect bulu mata kita macam fake lash. ala-ala la. tapi fake lash yang tak over. senang dipakai and mata tak rasa berat sangat. hehe! mascara ni juga tak mudah luntur. so tak adalah bila korang berjalan dalam hujan dah menangis air mata hitam. guna air pun susah nak tanggal. sakit bulu mata nanti. guna make-up remover baru tertanggal. =)


yang dua jenis eye shadow tu pula, pun syok jugak! dua-dua colour macam shimmer sikit. putih tu kalau tak pandai pakai macam mata panda. haha! so, macam mana penggunaan yang lebih baik? guna warna putih tu untuk highlight-kan tulang kening kita and letak dekat teardrop kita. tadaaa! yang warna hitam tu pulak memang sangat berguna untuk bagi effect ala-ala smokey eyes gitu. haha! 


okay, dah baca semua kan? sekarang yati nak bagitahu berita baik punya dengan korang semua. baik tak yati share benda ni? haha! okay diam yati! sekarang sampai tak tahu bila, Elianto tengah ada offer tau! beli tiga barang dapat 10% off. kalau beli lima barang pulak lagi berbaloi sebab dapat 15% off. jimat tak? sangat jimat. dah la dapat 15% off tiba-tiba dapat hadiah percuma pula. tak ke sambil menyelam minum air namanya tu? kan? so, tunggu apa lagi? pergi serang sekarang. hehe!






p/s : tadi sempat juga usha-usha Etude House. harga lebih kurang jugak dengan Elianto. and, sekarang Etude House pun tengah buat offer ada yang sampai 50%. makanya, pergi serbu Etude House jugak. =p

0 comments: