Friday, January 27, 2012

DIY : Ayam Goreng Nestum

Assalamualaikum. 

so, today yati nak jadi chef yang tidak bertauliah sekejap. teehee. 

ada tak yang suka makan ayam tapi sangat tak suka makan bahagian isi ayam? tak kira masak apa pun tetap tak suka. i said no-no-no. tapi kalau kita beli seekor ayam agak membazir la kan kalau isi ayam dipulaukan macam tu je. jangan risau, segala benda ada penyelesaiannya. masak je dengan nestum, isi ayam tadi terus rasa macam nugget. bagi yati la. hehe! tak pun, selama ni mungkin ada yang setakat pernah dengar je kan tentang ayam goreng nestum tapi tak pernah terfikir pun nak tahu apa rasa dia? or pernah terfikir but tak tahu nak cari kat mana? don't worry, meh sini baca elok-elok yati bagi resepi dia. teruja tak? =.=





Bahan-bahan :

1. ayam + garam + lada sulah. 


letak secukupnya ye. jangan lebih-lebih, pandai-pandai la agak sendiri ye. hehe! kalau boleh ayam tu potong kecil-kecil supaya mudah sikit rasa lada sulah meresap dalam ayam. 

2. tiga sudu besar tepung gandum + satu sudu besar tepung jagung.


kalau boleh ayakkan tepung gandum dengan tepung jagung sekali. tapi kalau malas campak dalam mangkuk gaul-gaul sudah.

3. telur ayam.


okay fine. telur ayam dipecahkan dengan sangat tidak sempurna. boohooo! tapi tak kisahlah. in the end telur ayam tu kan nak dikacau macam buat telur dadar juga. so dimaafkan. hoho.

4. plain nestum.


jangan mengada-ngada terlebih advance nak guna nesvita 3 in 1 ke, nesvita chocolate ke apa. kalau tak sedap jangan salahkan yati.




Cara-caranya : 


1. mula-mula, perapkan ayam tadi paling kurang pun 15 minit. bagi la masa sikit untuk ayam tu berkenal-kenalan dan bergaul mesra dengan garam and lada sulah, baru kamcing.

2. panaskan minyak dalam kuali dengan menggunakan api yang perlahan. kalau guna api kuat nanti bahagian salutan ayam je yang terlebih masak. maka, terpaksa makan ayam mentah-mentah. ataupun, makan ayam hangus-hangus. ahax. ok, gurau. sila gunakan api yang perlahan sebab masakan ni memerlukan kesabaran yang tinggi. =p


3. then, dah perap ayam salutkan pulang dengan campuran tepung tadi. balut keliling ayam tadi evenly. eceh, tak even pun tak apa. tak ada orang nak marah.


4. dah tu pulak salutkan dengan telur.


5. selesai salut dengan telur, tibalah masanya dengan hero resepi kita kali ni. memperkenalkan. jejejejejejejejeng, encik nestum. hoooreyyyy! salutkan seberapa tebal yang korang boleh buat. 


nanti dah siap salut rupanya akan jadi macam ni. and jangan salah faham ye, ni bukan kuih raya nestum ala-ala chef wan. bukan ye bukan.



6. selesai balut ayam and cun-cun pulak minyak dah panas silalah goreng seeloknya. =p


tadaaaaaa! siap! 

senang je kan nak masak dia? budak kecik pun boleh buat. kalau kita ajar la. hehe. rasa dia memang sedap. memanglah sedap kan sebab ada rasa lada sulah. hehe.






p/s : bluuurp. alhamdulillah. =)

3 comments:

khel kamarul said...

mesti cube, mesti cube!
tq post ni!

miss biebbiey said...

sedapkan kak ;D

Nur Hidayati Razali said...

khel : okay, dah cube post kat blog ko. teehee! neway, aku pun slalu bace blog ko. same gak mcm ko. ihee..

bb : yerp2, sgt!! kalau yg ada kulit lg sedap. =p