Friday, August 26, 2011

Keperluan Hostel

Hye semua! =)


entry khas untuk budak QueQue!

AMARAN! ENTRY SANGAT PANJANG!

sekarang mesti budak-budak intake september ni tengah busy list-kan barang-barang nak bawak pergi universiti kan? kalau lah ada antara mereka-mereka tu yang memang totally first timer betul nak masuk hostel ni memang confirm hidup akan jadi paranoid hari-hari sebab takut tak cukup barang kat hostel nanti kan? hehe! (heuuuh~ tak cukup nafas)

memandangkan ada one of my junior bakal masuk universiti this september, jadi dia pun tanya-tanya yati apa-apa benda yang perlu dibawa. sebagai bekas kakak seniour yang gorgeous dan baik hati maka pertolongan ini harus ditunaikan. tiiiing! (bunyi magic)

basically our hostel ni akan jadi macam our second home. so, barang-barang keperluan asas dan penting bagi diri masing-masing perlu ada di hostel and ada dua option je nanti. sama ada;

1. angkut segala benda keperluan yang difikirkan perlu dari rumah
2. beli barang-barang keperluan baru. kaching! (bunyi duit keluar)

kalau nak ikut orang macam yati yang memang totally tak pernah masuk asrama haa memang sakit la pinggang korang nak mengangkut barang nanti. hehe!

PAKAIAN

pakaian perlu sebut dulu sebab sangat penting. baju kurung kalau baru-baru masuk bawa dalam 10 helai pun dah terlebih cukup. itu pun bukan apa, sebab takut nanti orang nampak kita pakai baju sama je tiap-tiap minggu kan? oleh itu, kena banyak variety baju supaya boleh tukar-tukar. eh, ini bagi university yati sebab kami kena pakai baju kurung hari-hari. bagi yang bukan, senang je nak tahu baju kuliah cukup ke tak. plan dalam kepala pakaian untuk seminggu. kan senang? 

pakaian duduk kat rumah pulak tak berapa nak kisah sebab orang-orang rumah je yang tengok. and sediakan baju untuk beriadah banyak-banyak juga kalau anda seorang yang pemalas nak basuh baju macam yati. =p


kehadiran tudung express or tudung syria sangat diperlukan bila hidup di asrama. ye la setakat nak turun cafe pakai selendang ala-ala Yuna bagai kau ingat kau artis apa?

tips : malas nak bawa baju banyak but tak nak orang perasan yang korang balik-balik pakai baju yang sama? senang je. tukar la tudung korang. macam ni.


tadaaa! nampak macam pakai baju yang lain je kan? orang tak perasan! hehe. oh ye, abaikan eye bag yang sangat besar tu. T.T


BARANG KEBERSIHAN

ini benda kedua terpenting bagi yati. nanti bukan setakat kena sediakan sabun, shampoo, cuci muka, cotton buds, kapas muka, and benda-benda sanitary yang lain tapi kena sediakan juga bakul-bakulan (rosak bahasa melayu). macam yati sediakan 3 bakul. bakul untuk letak barang-barang mandi, bakul untuk letak pakaian kotor, and baldi. 

kalau ada shower maka baldi tu boleh dijadikan tempat pakaian kotor juga. kalau nak save budget tak nak guna washing machine nak cuci baju guna baldi pun boleh. see? multi-purpose kan? oh ye, cakap pasal baju jangan lupa sepit baju and hanger! 

kalau boleh beli penyangkut baju juga untuk disimpan dalam bilik. boleh gantung tuala, tak pun tudung express, tak pun gantung kad matrix. hehe!


tips : nanti waktu shopping barang-barang keperluan nak masuk universiti beli je barang-barang yang dalam bentuk 'economy pack'. mana tahu dah start masuk university dah sibuk or kedai jauh atau jual mahal sangat. dah padan muka!

DOKUMEN PENTING


kenapa yati tak sebut dokumen penting yang pertama sekali? sebab, mesti confirm korang ingat punyalah dokumen penting yang nak dibawa bersama. tak ada benda tu macam mana nak mendaftar kan! hehe. so, selain dokumen yang universiti masing-masing minta isi dan bawa semasa pendaftaran jangan lupa bawa


- sijil asal


- dokumen berkenaan parents macam salinan IC, kad pencen, penyata gaji, dll. bukannya apa kalau belajar dekat dengan parents senang juga. kalau jauh dah naya kan?


- salinan asal buka akaun bank


tips : kalau boleh sediakan file-file jernih banyak-banyak supaya boleh asingkan dokumen ikut keperluan senang sikit nanti nak mencari kan. lagi satu salinan yang dah ada pengesahan tu biar buat banyak 20 keping pun tak apa. senang kerja kemudian hari. brilliant!


BARANG KEPERLUAN BILIK




kebanyakan hostel tak ada sediakan bantal tau jadi pandai-pandai la beli bantal nanti nak masuk hostel. tapi kebiasaannya waktu hari pendaftaran nanti hostel masing-masing akan buka bazaar untuk peniaga luar jual barang-barang keperluan hostel di hostel masing-masing. senang sikit nak beli bantal or apa-apa kan? antara barang lain yang mungkin diperlukan ;


- wayar extension. mana tahu dalam bilik tu ada satu suis sahaja jadi kalau ada wayar extension boleh guna barang elektrik banyak-banyak at one time.


- kunci mangga. bukannya nak membatu-apikan keadaan tapi roomate kita nanti kita tak tahu latar belakang mereka. lagipun, kalau bukan roomate kawan-kawan lain pun kita kena hati-hati juga. jadi sediakan kunci mangga untuk almari baju or almari korang yang ada benda penting.




tips : nanti sediakan kain buruk and penyapu. bukan apa untuk bersihkan perabot dalam bilik and lantai-lantai rumah. ye la, sebelum boleh selesa tidur malam kena bersihkan betul-betul. kalau tak nak tak apa nanti boleh tidur dengan lipas. 


BARANG UNTUK PERUT


hee. ini barang yang berkaitan dengan makanan sebenarnya. okay, jangan lupa bila dah tinggal hostel tak kan hari-hari nak makan nasi dalam polystyrene and minum air bungkus dalam plastik kan? tak berapa hygenic la korang. so, make sure ada pinggan, mangkuk, gelas, sudu and garfu.


selain tu sediakan juga bekas makanan dalam 2 bekas pun dah cukup. mana lah tahu korang beli biskut ke apa tak ada tempat nak letak main ikat getah je last-last biskut lemau tak boleh nak makan berbuang macam tu je. rugi! 


jangan lupa bekas air pun beli juga. kalau boleh beli yang paling kurang boleh isi 2 liter air. bukan apa, stok minuman. percayalah nanti korang teraba-raba nak minum air. tak kan hari-hari nak beli air dekat cafe kan? habis la duit. tsk3! 


barang makanan pun kena beli awal-awal. macam milo or nestum 3 in 1 tu and biskut-biskut or roti untuk dimamah waktu pagi sebelum ke orientasi or kelas. tak adalah kebulur perut pagi-pagi kan? lagipun nanti dah malam-malam mesti berkeriuk perut kelaparan. dah susah!




ni bekalan makanan along bagi yati lepas 2 minggu yati masuk hostel. bukan main kau makanan gini banyak. tapi apa boleh buat rezeki perut. hehe!


tips : nak jimat lagi sila masak nasi sendiri. kongsi-kongsi la dengan orang rumah beli beras memang jimat wa cakap lu!


BARANG ELEKTRIK


bila duduk di rumah sendiri dulu tak kisahlah nak guna berapa banyak handphone or barang elektrik yang korang nak pakai sebab bukan korang semua bayar kan, parents yang bayar. tapi bila masuk hostel segalanya berubah. sobs!


macam university yati, bila masuk hostel setiap satu barang elektrik kena bayar RM10. yes you heard me right. RM10. kalau ada tiga handphone, seterika, laptop, digital camera, water heater and rice cooker maka semua sekali kena bayar RM70/ semester. nasib baik per semester. feuh~ 


tips : untuk jimatkan pembayaran nanti, why not korang berkongsi barang elektrik. macam seterika boleh kongsi 2 orang so cuma bayar RM5.00/ orang every semester. jimat kan?? splendid!


BARANG KAKI


kalau nak ikutkan tips yati memang rabak la poket korang masuk university. hehe! tak apa berbelanja awal-awal ni je hujung-hujung nanti dah boleh goyang kaki. haa~ kan dah tersebut kaki lagi sekali. 


bagi yati, sekurang-kurangnya kena ada empat jenis 'pakaian kaki' kalau masuk hostel. 


1st - kasut untuk pergi kuliah yang sebaik-baiknya kasut bertutup. and lagi bagus ada heels! nampak ayu and matang. pergh!


2nd - sandal untuk jalan hari-hari nak pergi cafe nak pergi pekan. tak payah pakai heels nanti tak pasal-pasal kaki melecet. terus lemak terkumpul sebab malas jalan kaki melecet.


3rd - kasut sukan pun perlu juga sebab confirm sangatlah nanti mesti ada kena turun padang or ada buat aktiviti kokurikulum kan? so, sediakan kasut sukan sebelum sengsara okay!


4th - selipar tandas untuk masuk tandas tak kan masuk dapur. ini perlu sebab tandas dikongsi beramai-ramai. faham-faham je la kalau tandas berkongsi. tahap hygenic masing-masing berbeza so lu pikir la sendiri.


tips : bagi sesiapa yang selalu pakai kasut mesti akan ada masalah kaki melecet dekat belakang kaki kan? so pergi cari barang-barang scholl foot care untuk tambah keselesaan pada kaki. like this,


gambar : www.scholl.com


BARANG ALAT TULIS


jangan lupa alat-alat tulis. jangan mementang masuk university assignment banyak pakai taip je terus tak bawa langsung. habis nak tulis waktu lecturer tengah bercakap macam mana? sediakan je alat-alat tulis macam waktu sekolah.


tips : nanti nak hantar assignment kena buat binding semua kan? satu kali binding RM0.50 kebiasaannya. kadang-kadang kalau dah last minute buat assignment maka akan kelam kabut jugaklah kalau nak hantar ke kedai nak binding. so sediakan gunting, stapler yang boleh kepilkan kertas tebal-tebal and sellotape untuk buat sendiri. dalam bus on the way perjalanan pergi kuliah pun boleh buat! hehe!




tadaaa! saja nak tunjuk.


BARANG KESIHATAN


bila kita terluka or tercedera di hostel nanti dah tak ada mama or abah yang akan take care-kan luka kita sambil kita buat mulut muncung tanda sakit. makanya masing-masing kena sediakan 'mini first aid' masing-masing okay paling kurang panadol, minyak gamat, and handyplast. sekurang-kurangnya tak adalah dah parah baru nak jumpa doctor ye dok?


tips : please and tolong (perlu ke repeat benda yang sama?) masukkan satu handyplast and satu biji panadol dalam dompet korang semua. untuk emergency. sangat berguna. believe me!








so, that's all buat masa ni yang yati rasa cukup untuk persediaan paling minimum nak masuk hostel kan??






p/s : jangan lupa buat CHECK LIST okay? good luck! =)





9 comments:

cik ika said...

hiyaaaaaargh !!
akhirnya dpt jua bca entry ni smpai abis...weee
makasi kak ! sgt bguna neh tuk dak yg kureng tau pa2..hii

cik ika said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Continue Reading

Stop by my website - my latest blog post
My web-site click for source

Anonymous said...



my wеb-site; You Can Try Here
My site :: useful link

Anonymous said...

Vital Aspects Of applied transmission on the market - A Crucial Examination

my website used transmissions
My homepage : remanufactured engines

Anonymous said...

Continue

my web blog :: houses in foreclosure
Visit my homepage - jacksonville foreclosure attorney

Anonymous said...

check here

Also visit my weblog :: truck accident lawyer pennsylvania
Take a look at my website ; car accident lawyer philadelphia

Anonymous said...



my blog post :: gainesville bankruptcy

Anonymous said...

A motion hearing takes place in. Alcohol was the most popular Hydrogen Dry Cell Plans
online. These sessions are inclusive of open-group discussions,
film viewing and counseling. Prevention is always the best, most experienced San
Diego Pennsylvania Life Insurance Company Legal professional can help you quickly locate dozens of Los Angeles.


My web site pennsylvania health insurance